January 18, 2008

Paying a Respect to the Deceased

I'll start off with an article which was found by Kar Mern.
It is the most detailed and long article I've seen so far.
(It is in Malay, I apologise for any inconveniences caused)

Bapa kesal anak lambat dibawa ke hospital

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Ahli keluarga K. Yashovan, 15, yang meninggal dunia awal pagi ini setelah koma selama tiga hari, kesal kerana pelajar itu lewat dihantar ke hospital.

B. Kesavan, 55, mendakwa pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1, Bandar Kinrara Puchong membiarkan anaknya hampir satu jam tanpa sebarang rawatan kecemasan sebelum memanggil seorang doktor dari klinik berdekatan.

‘‘Yashovan tidak mendapat rawatan kecemasan dan hanya dibawa ke bilik guru selama satu jam,’’ katanya semasa ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Pelajar itu mengalami kecederaan serius di kepalanya setelah terjatuh dari bangunan sekolahnya Isnin lalu dan dia disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 6.30 pagi ini.

Menurut Kesavan, hanya selepas satu jam anaknya, pelajar Sekolah Menengah Seksyen 1, Kinrara, Puchong dibawa ke Hospital Serdang sebelum dipindahkan ke HKL.

‘‘Semasa kejadian, saya menerima panggilan kira-kira pukul pukul 11 pagi memberitahu anak saya jatuh dari bangunan sekolah.

‘‘Saya terkejut apabila mendapati anak saya cedera teruk di kepala sehingga otaknya tidak dapat berfungsi lagi,’’ katanya.

Mengelirukan

Tambah mengelirukan, Kesavan tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai punca anaknya jatuh dari bangunan sekolah tersebut.

‘‘Saya sendiri tidak tahu anak saya sebenarnya jatuh dari tingkat berapa kerana ada yang memberitahu Yashovan jatuh dari tingkat dua dan maklumat lain pula dari tingkat tiga,” katanya.

Lebih menyedihkan, menurut bapa pelajar itu, pihak sekolah terutama pengetua tidak memberi kerjasama dan menerangkan dengan baik punca sebenar kematian anaknya itu.

‘‘Apabila ditanya kepada pengetua, dia hanya menjawab saya tidak tahu dan jangan tanya saya apa-apa,’’ kata pekerja Port Klang itu.

Guru-guru yang melawat anaknya semasa koma turut memberikan maklumat yang bercanggah tentang punca kematian sebenar.

‘‘Ada cikgu kata dia dan tiga rakannya cuba meniti ke bangunan sebelah untuk ke kelas komputer kerana tidak mahu berjalan jauh.

‘‘Tetapi yang peliknya mustahil kawan-kawannya tidak nampak dia jatuh dari situ,’’ katanya.

Kesavan turut memberitahu yang ada pula guru mengatakan ketika kejadian pelajar itu hanya berseorangan.

Sementara itu, pihak polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu siasatan dari pelbagai sudut sedang dijalankan.

‘‘Siasatan kami merangkumi pelbagai sudut dan beberapa pihak yang difikirkan dapat melancarkan siasatan,’’ katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

-source

For those who can't read Malay,
There are some other less detailed news.

indianknight402's blogspot
*copied from MalaysiaKini*

The Star
*an article from The Star*

I went to see the funeral just now,
I couldn't see much but a lot of people were there,
Teachers, students, relatives and friends.
The whole surrounding was sad,
And the drizzling rain seem to compliment with the whole environment.

After 2 hours of prayers and blessings,
(I'm not really sure what they did)
The lifted the coffin into the car.

Hopefully justice will prevail,
The culprit, if there is one,
Will be exposed,
So that the deceased can rest in peace.
-Kritz

No comments: